Sunday, 19 May 2024

“Al-Quran rahsia saya kekal tenang”, Dato’ Azizulhasni

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS: Jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang mengakui tekanan besar yang dialami beliau sebelum beraksi di kejohanan-kejohanan besar dunia. Ianya bukanlah suatu yang mudah untuk dihadapi oleh beliau yang terpaksa menggalas harapan besar peminat dan rakyat Malaysia bagi memenangi sesuatu kejohanan.

Azizul bersama jurulatih John Beasley - Foto Azizulhasni Awang

Walau bagaimana pun, sebagai seorang atlet Muslim, Dato’ Azizulhasni mendedahkan Al-Quran banyak membantu beliau untuk kekal tenang dalam situasi-situasi getir termasuklah ketika menggalas cabaran negara di Olimpik Tokyo baru-baru ini.

“Ada yang tanya apakah rahsia saya kekal tenang menghadapi situasi-situasi yang extreme ini? Jawapan saya adalah Al-Quran. Ketika kem latihan di Nilai, saya dah mulakan misi membaca Al-Quran untuk khatam sebelum pertandingan”, ujar beliau di akaun media sosial peribadi beliau.

Sepanjang penerbangan ke Tokyo, beliau telah mengisi masa terluang dengan membaca al-Quran dan misi beliau itu turut mendapat galakan daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican. Beliau mengakui, beliau seolah-olah berada di dimensi berbeza semasa membaca al-Quran dan dapat melupakan seketika kepenatan semasa latihan selain tekanan dan masalah-masalah duniawi lain yang dihadapi.

“Tenang. Bukan mudah untuk tenang apabila kejohanan terbesar dalam karier kita hanya ada beberapa hari saja lagi. Tapi sumpah tak tipu, memang dengan bacaan al-Quran ini membuatkan pemikiran dan jiwa saya tidak bergelora. Syukur kepada Allah SWT saya dapat khatam bacaan pada hari Jumaat, sehari sebelum saya memulakan perlumbaan acara Keirin”, tambah beliau.

Dato’ Azizulhasni telah beraksi dengan cemerlang dan penuh bertenaga di Olimpik Tokyo dan telah menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen negara. Semoga Dato’ Azizulhasni terus cemerlang dan berjaya menggapai misi emas pertama negara di Olimpik 2024.

- UniTimes

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara